This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

Aduhpanas! Permasalahan yang Berlaku di Antara Dato Vida dengan Kafa Jom Baca

kopas99.blogspot.com - ADUHPANAS!!! PERMASALAHAN YANG BERLAKU DI ANTARA Dato Vida Dengan KAFA..JOM BACA


Aduhpanas! Permasalahan yang Berlaku di Antara Dato Vida dengan Kafa Jom Baca

PETALING JAYA: Penaja utama The Red Warriors (TRW), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman membantah tindakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengekalkan penggunaan jersi tradisi skuad itu yg berwarna merah di gelanggang sendiri dan putih biru di tempat lawan bagi aksi Liga Malaysia musim ini.



Malah Vida turut tak bersetuju jersi idamannya yg menggunakan warna merah jambu sekadar digunakan sebagai jersi ketiga TRW.

Sebaliknya, Hasmiza / lebih dikenali sebagai Datuk Vida tetap mempertahankan keputusannya bahawa warna berasaskan merah jambu perlu digunakan pd dua jersi utama pasukan tersebut seperti yg telah dipersetujui dlm perjanjian penajaan sebelum ini.

"Saya tak setuju jersi utama kekal menggunakan warna tradisi Kelantan iaitu warna merah dan biru putih seperti yg diumumkan pd Sabtu.


"Seperti yg kita bincangkan sebelum ini, saya mahu jersi itu dgn warna berasaskan pink, hanya jersi kedua akan menggunakan warna merah, " katanya kepada mStar Online.

Susulan itu, Vida telah mengadakan mesyuarat dgn pihak pengurusan tertinggi untk membincangkan perkara itu pd petang Ahad.

"Saya tak peduli, Nike ke Adidas ke yg penting mereka kena selesaikan warna jersi ini. Saya kena dapatkan hak saya sebagai penaja utama, " katanya.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri bendahari Kafa, Nik Aminaldin Nik Jaafar dan ditemani peguam Vida.

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa tak hadir pd mesyuarat itu.

Difahamkan Kafa masih mempunyai kontrak perjanjian dgn Nike bagi jersi dan lain-lain tajaan syarikat gergasi sukan itu selama setahun lagi.

Ketika ditanya mengenai reaksi Kafa, Vida berkata, mereka akan berusaha merealisasikan permintaannya.

"Selepas beberapa mesyuarat sebelum ini, saya terpaksa tegas dgn wawasan saya untk pasukan ini. Sebab itu saya bawa bersama peguam pd hari ini, " katanya.

Usahawan wanita itu berharap agar isu warna pd jersi itu akan diselesaikan dgn kadar segera.

"Saya harap ia akan diselesaikan minggu depan. Setakat ni masih belum ada kata putus daripada Kafa mengenai perkara ini, " katanya.

Vida berkata, jersi berwana merah jambu itu merupakan salah satu daripada 33 syarat tambahan yg dipersetujui antara beliau dan Kafa dua minggu lalu.

Pada Sabtu, Annuar mengumumkan Kelantan akan mengekalkan jersi berwarna merah di gelanggang sendiri dan putih biru di tempat lawan bagi saingan musim ini.

Beliau berkata, Kafa akan mendaftar jersi kedua di gelanggang sendiri dgn warna 'shocking pink' seperti yg diminta Vida.

"Jersi tersebut akan dilancarkan pd satu tarikh yg ditetapkan penaja utama Datuk Seri Vida, " kata Annuar.

Terdahulu, Annuar berkata, jersi Nike TRW akan diperkenalkan kepada umum pd 10 Februari depan.

0 Response to "Aduhpanas! Permasalahan yang Berlaku di Antara Dato Vida dengan Kafa Jom Baca"

Posting Komentar

Contact

Nama

Email *

Pesan *