kopas99.blogspot.com - Amalan-amalan Penyelamat di Alam Kubur
ALLAH S.W.T.bersifat Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang .Kepada hamba-hambanya yg beriman dan beramal salih diberitahu tentang masalah-masalah yg akan terjadi di hari akhirat kelak.ini semata-mata untk membolehkan hamba-hamba yg beriman menyediakan bekalan amal kebaikan untk Negara yg kekal abadi itu.Semuanya ni disampaikan melalui rasulullah s.a.w apa yg disebut sebagai ‘hadith’.Soal akhirat, iaitu cerita alam kubur, padang mahsyar awal-awal telah diberitahu oleh Allah s.w.t. kepada kita semua.
Kepada mereka yg beriman dan percaya kepada ‘Hari Akhirat’, di mana ada pembalasan, ada perhisaban, ada pertimbangan (Mizan) ada syurga dan ada neraka tetap istiqomah’ mengerjakan amal-amal yg diperintahkan oleh Allah.Semua cerita tentang amal kebajikan dirakamkan oleh para ulama yg dipercayai dlm kitab-kitab yg dikarang oleh mereka untk bacaan dan untk kita pelajari.Mengenai ibadah sembahyang misalnya, para ulama telah menghuraikan secara terperinci bagaimana amalan-amalan yg kita buat ni akan dpt menyelamatkan kita di akhirat kelak.
Ibnu Qayyim al-Jauziah , telah menukilkan dlm sebuah hadis Rasulullah yg panjang mengenai amalan yg boleh menyelamatkan sesaorang daripada kesulitan pd akhirat kelak.
Diriwayatkan dari Abu Musa al-Madini, Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud: Sesungguhnya aku semalam bermimpi melihat hal yg menakjubkan.
Aku melihat seorang dari umatku didatangi oleh malaikat untk mencabut nyawanya, lalu datang amalanya kepadanya dlm berbakti kepada kedua ibu bapanya, sehingga amalan itu membuat malaikat kembali semula.
Aku melihat sesaorang yg telah dipersiapkan kepadanya siksa kubur, lalu datang wudhu’nya sehingga wudhunya itu menyelamatkanya daripada siksa kubur.
Aku melihat sesaorang yg telah dikepung banyak syaitan, lalu datang kepadanya zikirnya kepada Allah, sehingga zikirnya itu mengusir syaitan darinya.
Aku melihat sesaorang yg kehausan, sedang tiap kali ia mendekati telaga, ia diusir darinya.Lalu datanglah Puasa Ramadhan , sehingga puasanya itu memberikan minum kepadanya,
Aku melihat sesaorang di mana nabi masing-masing duduk dlm majlis halaqah, ia diusir dan dilarang untk bergabung di dalamnya.Lalu datanglah mandinya dari hadas besar, sehingga mandinya itu membimbing ia dgn memegang tanganya seraya mendudukanya di smpingku.
Aku melihat sesaorang yg dihadapanya gelap sekali, begitu pula dibelakanganya, atasnya dan bawahnya, sehingga ia kebingungan mencari arah jalanya.Datanglah kepadanya hajinya dan umrahnya, lalu keduanya mengeluarkan ia dari kegelapan dan memasukkanya ke tempat yg terang sekali.
Aku melihat sesaorang yg melindungi mukanya dgn tanganya daripada panasnya gelojak api., lalu datang sedekahnya kepadanya dgn menutupi gelojakkan api dari mukanya seraya membimbingnya ke hadapan Allah.
Aku melihat sesaorang yg mengajak bercakap dgn orang mukmin, tetapi mereka mendiamkan diri.Datanglah Sillaturrahim seraya berkata: Wahai orang beriman sesungguhnya ia adlh orang yg melakukan sillaturrahim, maka ajaklah ia bercakap.Maka orang itu diajak bercakap oleh semua orang mukmin dan mereka menghulurkan tangan untk berjabat denganya, sementara ia pun menghulurkan tanganya untk berjabat dgn mereka.
Aku melihat sesaorang yg telah dicengkam malaikat Zabaniyah, lalu datanglah kepadanya amar ma’ruf nahi mungkarnya, hingga amalanya itu menyelamatkanya daripada siksa Zabaniyah dan memasukkanya ke dlm lingkungan malaikat rahmat.
Aku melihat seseorang yg jalanya merangkak dgn kedua-dua lututnya dan didepanya ada tabir yg memisahkan dia dgn Allah, lalu datanglah akhlak baiknya seraya memegang tanganya dan membimbingnya kehadrat Allah.
Aku melihat seseorang yg catatan amalnya datang dari sebelah kirinya, lalu datanglah takwanya kepada Allah dan mengambil buku itu dgn meletakkannya ditangan kananya.
Aku melihat orang yg timbangan amalnya sangat ringan, lalu datang anaknya yg semasa kecil meninggal dunia, sehingga mereka memberatkan timbangan amal baiknya itu.
Aku melihat sesaorang yg berada ditebing Jahannam, lalu datang harapanya kepada Allah, hingga harapanya itu menyelamatkanya dari Jahannam dan ia berjalan menuju syurga dgn selamat.
Aku melihat sesaorang yg terpelanting di atas neraka, lalu datanglah air matanya kerana takut kepada Allah hingga airmatanya itu menyelamatkanya dari jatuh ke dlm neraka.
Aku melihat seseorang yg berada di atas jambatan (sirat) dgn tubuh gementar, lalu datang Husnu zanya (sangka baik) kepada Allah, hingga sikapnya itu menjadikanya tenang dan ia berjalan dgn lancar.
Aku melihat seseorang yg jatuh bangun di atas jambatan, kadang-kadang ia merangkak, kadang-kadang pula ia bergantung , lalu datanglah solatnya menegakkan kedua kakinya dan menyelamatkanya hingga ia mampu menyeberangi jambatan hingga sampai ke pintu syurga.
Akupun melihat seseorang yg telah sampai ke pintu syurga , semua pintu ditutup baginya, lalu datanglah syahadahnya, sehingga dibukakan pintu syurga dan ia pun boleh masuk ke dalamnya.
Muslimin dan Muslimat yg dirahmati Allah, marilah kitansama bermuhasabah dan merenung diri kita .Adakah semua perkara /amalan yg mampu menyelamatkan kita kelak telah kita persiapkan dgn sebaik-baiknya.Jika belum sempurna, perbaikilah ia selagi umur kita dikandung badan dan kesempatan dari Allah subhanahu wa ta'ala masih luas. Semoga Allah Ta'ala selalu membimbing dan memberikan kemudahan bahi kita semua dan keluarga dlm rangka memperbaiki diri dan taat di Jalan Allah. Aamiin ya Rabball'alaamiin
other source : http://tribunnews.com, http://nurrahmatillahi.blogspot.com, http://tempo.co
0 Response to "Amalan Amalan Penyelamat di Alam Kubur"
Posting Komentar